Mungkin sesetengah dari anda dah tahu, tapi saya baru tahu bahawa amatlah penting untuk kita membuat watermark pada dokumen yang dihantar kepada Agen, Mortgage Consultant mahupun bank sewaktu membuat urusan pinjaman perumahan, lawyer dan lain2 lagi.
Kenapa?
Supaya dokumen kita tidak disalah gunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab seperti memohon kredit kad dan sebagainya.
So, macam mana nak buat watermark?
Senang sahaja, sekiranya anda pengguna photoshop, boleh menggunakan software tersebut dan adjust opacity of the font color supaya tidak mengganggu isi kandungan dokumen tersebut.
Ataupun google sahaja "free watermark software" dan download applykan kepada semua dokumen anda.
Contoh:
Ok kalau tak reti guna software, cara paling mudah buat cross atau palang pada dokumen dan tulis tujuan "Utk pinjaman perumahan 18/10/11"
Semoga berjaya :)
No comments:
Post a Comment