Adalah penting untuk kita buat sedikit kerja rumah mengenai Agen yang baru kite kenali sama ada di internet mahupun di luar. Agen yang bertauliah ialah Agen yang berdaftar dengan The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia
So, mcm mana nak check?
1) Sewaktu berurusan dengan Agen tersebut dapatkan Business Card beliau
2) Dlm business card tu mesti ada Company Agen terbabit beserta nombor pendaftaran seperti E777 untuk individu dan E (3) 0211 untuk firma hartanah
3) Pergi ke laman http://www.lppeh.gov.my/
4) So check Company terbabit sama ada berdaftar dgn LPPEH atau tidak. Sekiranya tidak berdaftar, jgn sekali2 mengambil risiko ya tuan puan sbb if berdaftar kite boleh buat aduan kepada LPPEH untuk sebarang masalah dikemudian hari.
5) Paling penting sewaktu membayar 3% deposit tu bayar kepada nama Company yang berdaftar tadi bukan pada nama Agen ya.
Semoga tips ini membantu anda :)
Selamat menggunakan khidmat Agen Profesional...
No comments:
Post a Comment